Penulis adalah seorang Internet Marketer secara sambilan. Menjalankan perniagaan eBay, affiliates dan produk digital, penulis menetap di Port Dickson, N. Sembilan bersama keluarga.
Penulis mendapat pendidikan awal di SRK St Mark, Butterworth dan SMK Dato Onn, Butterworth. Seterusnya penulis melanjutkan pelajaran di UTM dalam bidang sains komputer dan seterusnya di Open University (OU) di Johor dalam bidang pengurusan perniagaan (biasiswa ATM). Pada masa kini penulis bekerja di PUSASDA, Port Dickson sebagai seorang tentera.
Mendapat pendedahan awal dalam bidang komputer sejak kecil lagi. Bapa penulis adalah seorang Peg IT di tempat beliau bekerja dan sedikit sebanyak memberi pendedahan kepada penulis berkenaan hardware, adobe photoshop, ABM dan lain-lain lagi. Dari situlah bermula minat penulis untuk bergiat dalam bidang komputer khususnya marketing.
Mula membabitkan diri dalam bidang internet marketing sejak 2009 lagi.Pada ketika itu, penulis diperkenalkan oleh seorang sahabat beliau berkenaan platform jualan lelong.com.my. Pada ketika itu, jualan pertama beliau ialah pedang katana yang dibeli dengan harga RM 90 dan terjual dengan harga RM 320.
Beliau kemudiannya berganjak ke platform jualan eBay untuk mencari peluang perniagaan online yang lebih luas.
Sepanjang 3 tahun pengalaman di dalam bidang ini, penulis telah banyak berkenalan dengan pakar-pakar online dan dijemput menjadi penceramah jemputan di Malaysia. Walaupun sebagai seorang part time online marketer, kejayaan-kejayaan yang di capai oleh penulis amat membanggakan seperti seorang internet marketer sepenuh masa.
Produk digital pertama penulis iaitu Kedai T-Shirt Online (http://kedaitshirtonline.com) banyak melonjak nama beliau di dalam bidang IM di Malaysia.
Selama hampir 3 tahun di dalam bidang ini, penulis adalah seorang pakar terutamanya di dalam bidang eBay dan affiliates.
FORTUNES
Penulis bercadang untuk menjadi seorang internet marketer sepenuh masa pada 2014 sebelum memantapkan diri di dalam bidang online ini. Sepanjang 3 tahun sebelum tarikh keramat tersebut, penulis akan melonjakkan diri
Mengenai Penulis | Zainol Rashid
Posted by Zainol Rashid on 6:26 PM
Subscribe to:
Posts (Atom)